Blog

13 Cara Hilangkan Hidung Tersumbat Yang Berkesan Untuk Seisi Keluarga

Terdapat pelbagai kaedah atau cara hilangkan hidung tersumbat yang boleh Mama gunakan untuk merawat masalah tersebut daripada ia berlarutan, sama ada untuk diri sendiri atau anak-anak.

Hidung tersumbat sangat menyiksakan dan menjengkelkan kerana ia menyukarkan kita untuk bernafas. Kesukaran bernafas mengakibatkan aktiviti seharian mungkin terganggu.

Hidung tersumbat mungkin disertai dengan penghasilan sejenis mukus atau hingus yang akan turut mengganggu selera makan kerana tidak dapat mencium aroma masakan dan sukar untuk menelan makanan kerana hidung terasa ketat.

Pada asasnya, hidung tersumbat adalah disebabkan oleh radang akibat dari kesan jangkitan virus, di mana tisu dan salur darah yang terdapat di dalam hidung membengkak. Selalunya ia berpunca apabila seseorang mengalami demam atau selesema.

Selain itu, ianya juga mungkin boleh terjadi disebabkan oleh punca-punca lain seperti jangkitan sinus atau resdung, alahan makanan dan kehamilan, asma, udara kering yang berdebu, dan pelbagai lagi masalah kesihatan lain.

Mempunyai hidung tersumbat juga boleh membuatkan tidur menjadi satu cabaran, sukar untuk berehat dan mendapatkan tidur yang nyenyak. Tapi, Mama jangan risau. Banyak je rawatan di rumah yang mudah dan boleh kita cuba sebagai ikhtiar.

Terdapat beberapa cara hilangkan hidung tersumbat yang berkesan tanpa mengamalkan ubat-ubatan. Ikuti perkongsian ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Cara Mudahkan Hilangkan Hidung Tersumbat Dengan Cepat
Berikut merupakan cara untuk menghilangkan masalah hidung tersumbat iaitu:

#1. Makan Makanan Pedas
Makanan pedas merupakan salah satu langkah berkesan yang dapat membantu untuk mengeluarkan cecair yang berlebihan yang terdapat dalam hidung. Cecair yang berlebihan tersebut menjadi punca hidung tersumbat. Justeru makanan yang pedas sangat membantu dalam mengatasi hidung yang tersumbat

#2. Cara Hilangkan Hidung Tersumbat Dengan Tuam Kawasan Hidung
Kredit gambar: menuam dikawasan hidung adalah dengan membasahkan tuala dengan air panas kemudian tekan di kawasan hidung secara perlahan. Ulang langkah tersebut secara berulang kali sehingga masalah hidung tersumbat dapat di atasi.

#3. Cara Hilangkan Hidung Tersumbat Dengan Minum Air Herba
Kredit gambar: air herba seperti air halia untuk mengurangkan masalah hidung tersumbat. Langkah ini sangat mudah untuk dilakukan kerana bahan-bahannya mudah didapati di dapur rumah anda sendiri. Cara penyediaannya adalah halia ditumbuk dan dimasukkan ke dalam air suam. Kemudian anda sudah boleh menikmati kesegaran air halia tersebut.

#4. Menggunakan Bawang Putih
Kredit gambar: tekape.coBawang putih merupakan bahan yang dapat mencegah hidung tersumbat. Terdapat dua cara untuk mengatasi masalah hidung tersumbat yang boleh dilakukan dengan menggunakan bahan ini.

Cara pertama anda boleh makan bawang putih ini secara mentah. Cara yang kedua pula adalah bawang putih dihiris nipis dan dimasukkan kedalam air yang sedang mendidih kemudian sedut wap air tersebut sehingga hidung anda berasa lega.

#5. Pengambilan Ubat Selesema
Kredit gambar: selesema juga dapat merawat masalah hidung tersumbat. Namun pengambilan ubat selesama haruslah di ambil dengan mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

#6. Menggunakan Nasal Strip
Kredit gambar: strip amat mudah digunakan kerana hanya perlu dilekatkan pada batang hidung sahaja. Nasal strip ini akan menjadikan saluran hidung anda lebih lebar sekaligus dapat membantu anda untuk bernafas dengan selesa.

#7. Cara Hilangkan Hidung Tersumbat Dengan Minum Banyak Air
Minum banyak air untuk kekal hidrasi. Air yang cukup di dalam badan akan memudahkan lendir yang ada di dalam hidung dikeluarkan. Justeru pengambilan air yang mencukupi amat penting untuk mengatasi masalah hidung tersumbat

#8. Kumur Dengan Air Garam
Kredit gambar: satu cara mudah untuk menghilangkan masalah hidung tersumbat adalah kumur dengan air garam. Ini kerana air garam dapat membantu untuk memberikan kelegaan pada hidung tersumbat. Juga dapat mematikan kuman yang berada di tekak dan di hidung.

#9. Menghidu Wap Hangat
Air hangat dimasukkan ke dalam besen. Kemudian, anda boleh menghirup wap hangat yang terhasil tersebut. Ini kerana wap hangat dapat mencairkan mukus yang ada di dalam hidung. Oleh itu, ianya dapat mengelakkan hidung anda daripada tersumbat serta dapat memberikan keselesaan kepada hidung anda serta dapat bernafas dengan baik.

#10. Tinggikan Bantal Ketika Baring
Kredit gambar: perlulah ditinggikan ketika anda baring agar dapat memberikan keselesaan kepada pernafasan anda. Apabila anda meninggikan bantal ketika baring akan membantu untuk mengalirkan lendir di dalam hidung dengan lebih mudah.

#11. Matikan Penghawa Dingin
Kredit gambar: yang hangat dapat menghilangkan masalah hidung tersumbat. Mematikan penghawa dingin merupakan cara untuk memastikan udara kekal hangat.

#12. Mengeluarkan Lendir Dalam Hidung
Kredit gambar: di dalam hidung perlulah dikeluarkan. Cara mudah untuk mengeluarkan lendir yang terdapat dalam hidung adalah menutup satu lubang hidung yang tidak tersumbat dengan memicitnya kemudian hembuskan dan buang segala lendir yang ada di dalam hidung di sebelah hidung yang tersumbat itu.

#13. Cara Hilangkan Hidung Tersumbat Dengan Menggunakan Nasal Spray
Nasal Spray mudah didapati di farmasi. Spray ini dapat membantu mengurangkan keradangan hidung. Walau bagaimanapun anda haruslah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Berehatlah dengan secukupnya demi memastikan gejala penyakit berlalu dengan cepat. Kebiasaannya hidung tersumbat akan reda selepas dua hingga 3 hari atau mengikut kondisi seseorang individu. Jika gejala masih berterusan anda perlu berjumpa dengan doktor.

Dapatkan pelbagai petua kesihatan lain dengan klik SINI.